Thursday, August 13, 2009

Next Game : Kami Menanti Dataran FC !

Perlawanan seterusnya yang menanti kami didalam Liga MDS ialah perlawanan menentang Dataran FC sebuah pasukan dari Johor Bahru. Kedudukan kami ketika ini berada ditempat kedua didalam kumpulan A mengatasi Dataran FC dengan perbezaan 3 mata. Walaubagaimanapun Dataran FC mempunyai kelebihan jumlah perlawanan yang masih berbaki 3 perlawanan lagi. Meskipun secara congaknya Dataran FC mempunyai segala kelebihan berbanding kami yang hanya sebuah pasukan kerdil dari sebuah rancangan Felda, Insyallah kami akan memberi saingan sengit sehingga tiupan wisel penamat. We are Rottor ! We Fight !

No comments:

Post a Comment