Thursday, August 13, 2009

Futsal Piala YB Datuk Othman Jais

Yang membezakan antara pasukan yang menang dan kalah ialah jaringan gol dan itulah yang berlaku kepada Rottor FC hari ini ( 11 Julai ) didalam pertandingan Futsal Piala YB Datuk Othman Jais . Secara keseluruhannya Rottor FC beraksi dengan baik tetapi hakikatnya nasib tidak menyebelahi Rottor FC apabila kalah di peringkat suku akhir kepada Balai Badang FC ( jika tak silap kerana keliru dengan nama yang diumumkan oleh urusetia ) melalui sepakan penalti selepas seri 0-0.

Sememangnya pahit untuk menelan hakikat Rottor FC kalah dengan sepakan penalti sedangkan sepanjang perlawanan Rottor menguasai perlawanan dengan baik dan membuat cubaan-cubaan tepat ke gol lawan. Namun begitulah hakikatnya nasib tidak menyebelahi Rottor FC sedangkan laluan untuk ke akhir jelas menyebelahi Rottor. Walaubagaimanapun perjuangan akan tetap diteruskan ! Insyallah jumpa di dalam Liga FA Segamat !

Keputusan Perlawanan Futsal Piala YB Datuk Othman Jais
1. Rottor FC vs Rumah Rakyat Batu Anam 0-0
2. Rottor FC vs Pemuda UMNO Bandar Segamat 3-1
3. Rottor FC vs Paya Pulai FC 4-1
4. Rottor FC vs Balai Badang FC 3-2 ( Penalti )

No comments:

Post a Comment