Thursday, August 13, 2009

Liga FA Segamat

Belum pun tamat Liga MDS, Rottor FC akan bersaing pula didalam Liga FA Segamat anjuran Persatuan Bola Sepak Daerah Segamat. Pengesahan penyertaan Rottor FC telah dibuat pada hari ini dimana penyerahan borang penyertaan dan bayaran yuran telah dibuat semasa majlis taklimat dan pengudian. Didalam persaingan Liga FA Segamat kali ini, Rottor FC ditempatkan didalam kumpulan B bersama Supreme FC, JKR, Kuala Paya FC dan UiTM FC. Perlawanan pertama Rottor FC ialah pada 27 Julai 2009 menentang Kuala Paya FC.

Untuk kejohanan kali ini Rottor FC mensasarkan layak sehingga ke suku akhir. Insyallah !

Cabaran 2nd Round Liga MDS !

Ya ! Sebenarnya dari segi kedudukan, Rottor FC telah layak ke pusingan kedua Liga MDS. Jumlah Mata yang dimiliki oleh Rottor FC sebanarnya telah mencukupi untuk Rottor FC berada kedudukan di tempat ke 3 didalam kumpulan A. Walaupun masih berbaki 1 lagi perlawanan menentang Dataran FC yang telah tertangguh kedudukan Rottor FC tidak akan tergugat. Malah jika pasukan pesaing memenangi kesemua baki perlawanan kedudukan Rottor FC Insyallah akan tetap layak ke pusingan kedua. Rasanya dalam persaingan tahun ini kedudukan Rottor FC agak selesa berbanding tahun-tahun sebelumnya dimana penentuan sering berlaku hingga ke perlawanan terakhir. Apa-apapun yang bakal menanti Rottor FC dipusingan kedua nanti pastinya pasukan yang kuat ! Dengar-dengarnya pasukan JKR... ! Apa-apa pun lawan tetap lawan !

Futsal Antara Blok Sempena Hari Peneroka Felda Pemanis 1

25 dan 26 Julai yang akan datang akan diadakan pertandingan Futsal Antara Blok Sempena Sambutan Hari Peneroka Felda Pemanis 1. Pertandingan ini lebih kepada pertandingan santai bagi mengeratkan silahturahim sesama peneroka. Dalam pertandingan ini pemain-pemain Rottor FC akan bermain dengan blok masing-masing. Sesekali larikan diri dari "tension" suasana pertandingan elok juga so to all Rottor let plays and enjoys ! Next kita fight again dalam Liga FA !

Futsal Piala YB Datuk Othman Jais

Yang membezakan antara pasukan yang menang dan kalah ialah jaringan gol dan itulah yang berlaku kepada Rottor FC hari ini ( 11 Julai ) didalam pertandingan Futsal Piala YB Datuk Othman Jais . Secara keseluruhannya Rottor FC beraksi dengan baik tetapi hakikatnya nasib tidak menyebelahi Rottor FC apabila kalah di peringkat suku akhir kepada Balai Badang FC ( jika tak silap kerana keliru dengan nama yang diumumkan oleh urusetia ) melalui sepakan penalti selepas seri 0-0.

Sememangnya pahit untuk menelan hakikat Rottor FC kalah dengan sepakan penalti sedangkan sepanjang perlawanan Rottor menguasai perlawanan dengan baik dan membuat cubaan-cubaan tepat ke gol lawan. Namun begitulah hakikatnya nasib tidak menyebelahi Rottor FC sedangkan laluan untuk ke akhir jelas menyebelahi Rottor. Walaubagaimanapun perjuangan akan tetap diteruskan ! Insyallah jumpa di dalam Liga FA Segamat !

Keputusan Perlawanan Futsal Piala YB Datuk Othman Jais
1. Rottor FC vs Rumah Rakyat Batu Anam 0-0
2. Rottor FC vs Pemuda UMNO Bandar Segamat 3-1
3. Rottor FC vs Paya Pulai FC 4-1
4. Rottor FC vs Balai Badang FC 3-2 ( Penalti )

Program Tunas Rottor

Program Tunas Rottor adalah program bagi mencungkil bakat-bakat muda yang berumur 12 tahun kebawah. Program ini menekankan kepada pembangunan kemahiran kepada para pemain. selain itu pemain juga akan didedahkan dengan latihan secara sistematik bagi menjadi seorang pemain bola sepak yang berjaya. Bagi memastikan perkembangan berterusan para pemain satu liga khusus akan diwujudkan untuk para pemain mengasah bakat dan kemahiran yang telah dipelajari. Insyallah program yang akan datang akan bermula selepas peperiksaan UPSR tamat.

Next Game : Kami Menanti Dataran FC !

Perlawanan seterusnya yang menanti kami didalam Liga MDS ialah perlawanan menentang Dataran FC sebuah pasukan dari Johor Bahru. Kedudukan kami ketika ini berada ditempat kedua didalam kumpulan A mengatasi Dataran FC dengan perbezaan 3 mata. Walaubagaimanapun Dataran FC mempunyai kelebihan jumlah perlawanan yang masih berbaki 3 perlawanan lagi. Meskipun secara congaknya Dataran FC mempunyai segala kelebihan berbanding kami yang hanya sebuah pasukan kerdil dari sebuah rancangan Felda, Insyallah kami akan memberi saingan sengit sehingga tiupan wisel penamat. We are Rottor ! We Fight !

Liga MDS - Perlawanan Ke 5 Menentang Paya Pulai FC

Alhamdulillah perlawanan menentang Paya Pulai FC berkesudahan memihak kepada Rottor FC dengan keputusan 3-1. Meskipun prestasi yang dipamerkan oleh pasukan agak merosot berbanding perlawanan-perlawanan sebelumnya keputusan perlawanan tetap memihak kepada kami.