Thursday, August 13, 2009

Liga FA Segamat

Belum pun tamat Liga MDS, Rottor FC akan bersaing pula didalam Liga FA Segamat anjuran Persatuan Bola Sepak Daerah Segamat. Pengesahan penyertaan Rottor FC telah dibuat pada hari ini dimana penyerahan borang penyertaan dan bayaran yuran telah dibuat semasa majlis taklimat dan pengudian. Didalam persaingan Liga FA Segamat kali ini, Rottor FC ditempatkan didalam kumpulan B bersama Supreme FC, JKR, Kuala Paya FC dan UiTM FC. Perlawanan pertama Rottor FC ialah pada 27 Julai 2009 menentang Kuala Paya FC.

Untuk kejohanan kali ini Rottor FC mensasarkan layak sehingga ke suku akhir. Insyallah !

No comments:

Post a Comment